Jumaat, 5 Jun 2009

SIAKAP SUP 3.2 kg

Tak dapat nk cakap macam mane asyiknya melayan siakap ni.xde la besar sangat 3.2 kg je, tapi punya la degil.... masyaallah.

RASUDIN MULA MENDAPAT LESEN PARI

Rasudin begitu teruja dengan kejayaan mendaratkan ikan pari seberat 7.5 kg.Ini adalah ikan pari pertama beliau.Kini beliau sudah mempunyai lesen (P) pemancing tegar
.

Jumaat, 29 Mei 2009

BROTHER JEF TENGAH LAYAN PARI Tuuuuu......

Layan Bang........... jangan x layan

BROTHER JEF MACAM BALIK PASAR

WOW!!! macam baru balik pasar je.Tapi x kan lah camtu...... ini lagi satu pemancing tegar, pancing pari x agak2. Tiggal le orang belakang skit ikan tu..... klu nak tau rahsia umpan pari dan lokasi..... e-mel kan ke DeeJORAN. Jom kita gi buru pari ni......................

Khamis, 28 Mei 2009

IKAN TETUKA JUARA PUSINGAN 13 - 25 Mei 2009

Abg.Din muncul juara pada pusingan 13 Jackpot DeeJORAN.Ikan tetuka seberat 240 gram di naikkan pada jam 12.20 pagi muncul sebagai juara JACKPOT DeeJORAN Pusingan 13 yang telah berlansung pada 26 Mei 2009.Seramai 39 peserta pada pusingan ini.
SENARAI PEMENANG;
JUARA : Abg.Din Pulau - RM 312.00 - Ikan Tetuka 240 gram
Ke 2 : Apai - RM 78.00 - Ikan duri 124 gram Ke 3 : Fikri - RM 39.00 - Gelama 81 gram Ke 4 : Dan - Hamper - Senangin 69 gram Ke 5 : Sani - Hamper - Gelama 67 gram Ke 6 : Sani - Hamper - Serekut 61 gram NOTA : JACKPOT TERKUMPUL PADA 30 Mei 2009 PUSINGAN 14 = RM 1068.00

Isnin, 25 Mei 2009

Saudara TAM pecah JACKPOT

Saudara TAM berjaya pecah Jackpot DeeJORAN berjumlah RM 1192. Ikan pari seberat 7.5kg ini dinaik pada pukul 10.42 mlm. Baru 1 jam pertandingan dimulakan.Tahniah buat saudara TAM.

Sabtu, 23 Mei 2009

Ini pari 17.0kg yang saya darat kan selang 1 hari ditempat yang sama.Kami adalah pemburu pari.Pari yang besar2 ni kami tangkap di PANTAI SG.TUANG M.TANAH MELAKA.Kalau tanye orang MELAKA, inilah tempat pari berkubang.klu x percaya jom kita gi sana.
Pari seberat 17.5Kg berjaya didarat.ramai orang kata x bleh naik ikan ni....tapi berkat keyakinan yang ada ,akhir nya kedarat jugak pari ni.